• Author note :- Tulisan ini ditulis mengikut kaca mata aku, apa yang aku observe, dan ape yang aku ingat. Ianya berbentuk peribadi. Aku tak rajin nak check betul- betul fakta yang aku tulis. Kemungkinan untuk aku tipu itu memang ada. Kadang2 mungkin aku tambah-tambah perisa pula untuk penyedap cerita. 

 

Hong Kong

  1. Hong Kong secara amnya boleh dibahagikan kepada 3 pulau yakni Lantau Island, Hong Kong Island dan Kowloon Island.
  2. Nak lintas Hong Kong island ke Kowloon island ni boleh guna MTR ataupun Feri. Feri pun tak mahal HKD 2 je rasenye. Dekat je pun.
  3. Sampai airport boleh beli Octopus card. Card ni macam ala ala Touch & Go. Kad ni kalau nak balik nanti boleh tebus balik kat MTR airport. Sapa yang jenis habiskan duit hingga titisan terakhir boleh la beli keychain ke kat airport lepas refund waktu balik nanti.
  4. Sape yang jenis tak boleh hidup tanpa internet tanpa batasan boleh dapatkan simcard kat kedai dalam airport. Nama kedai tu 1010 rasenye, signboard warna kuning. Member aku beli untuk seminggu aku tumpang hotspot je. Sebagai pelancong kedekut aku memang jenis amik kesempatan.
  5. Kebanyakkan tarikan pelancong terdapat di area Kowloon.
  6. Sila mantapkan skill nego untuk berurusniaga di ladies market. Ala ala petaling street. Kalau ko dah mintak tawar pastu tetibe tak jadi beli, dia carutkan ko dalam bahasa dia.
  7. Rekod aku nego kat ladies market boleh sampai 50%.
  8. Nak naik trem ke the Peak pada waktu malam seriously beratur panjang nak gila.
  9. Nak naik the peak boleh guna bas tapi perjalanan dalam sejam. Kalau naik teksi atau Trem tak sampai 20 min pun.
  10. Hotel kat Hong Kong kecik je, eskelator pun kecik je. Takyah nak lari-lari kat eskelator yang kecik tu.
  11. Kelajuan escalator Hong Kong mungkin lebih dari Malaysia tapi tak lah selaju Singapore.
  12. Manusia sekeliling di Hong Kong secara amnya jenis yang buat keje sendiri. Tapi kalau tanya jalan diorang akan sedaya upaya membantu walaupun muka tetap seperti tiada perasaan.
  13. Hong Kong adalah sebuah Negara yang bersih.
  14. Tarikan utama kat Hong Kong rasenya makanan la kot. Tapi sebab aku muslim pilihan agak terhad. Aku pulak bukan jenis yang suke makan makanan Middle east bile pergi oversea.
  15.  Ada dim sum halal kat beberapa tempat . Aku pergi yang dekat Islamic Centre Canteen . Malangnya waktu aku sampai semua dim sum dah abis. Sebiji pun takda. Ni sebab kitorang sesat larat sampai aku rase nak muntah monggik pusing2 mencari guna google map. Bila dah jumpa baru perasan tempat tu dekat gila dengan hotel yang kitorang duduk. Cis!
  16. Exit di MTR Hong Kong agak banyak. Jadi pastikan anda exit di tempat yang betul. Kalau tak jawapnya menapak la.
  17. Tram di Hong Kong dipanggil Ding ding. Kurus je. Kenderaan paling murah yang aku naik di Hong Kong.Kalau convert dalam duit Malaysia aku rase 60sen je kot.
  18. Disneyland Hong Kong terdapat di utara Lantau Island. Tiket boleh dibeli disana atau siap siap beli di Hong Kong Station untuk mengelak beratur panjang di sana nanti. Boleh juga dibeli di Malaysia rasenye.
  19. Makanan tidak dibenarkan dibawa kedalam Disneyland, ada pengawas yang akan check bag korang. Monopod juga tidak dibenarkan.
  20. Scaff folding construction di Hong Kong kebanyakkan menggunakan buluh, yang nie aku memang kagum. Sama macam yang dilihat dalam cerite Jackie Chan. Bangunan yang tinggi tirus pun they all boleh pakai scaffolding buluh.Kagum kagum.Jarang sekali nampak yang guna besi.
  21. Malam malam boleh lepak tengok pemandangan lampu2 di Hong Kong.Skyline dia memang cantik. Cantik, tapi untuk orang yang tak beberapa menghargai lampu seperti aku susah sikit nak appreciate.

Macau

  1. Kalau dari Hong Kong nak ke Macau boleh ambil Ferry. Tiket boleh dibeli di Sheung Wan Station.
  2. Member aku cakap Ferry ke Macau nie dah rupa transformer.
  3. Bila sampai ke Macau aku rase seperti kembali ke zaman 80an (maksud aku spt 80an dalam drama Hong Kong TV ler sebab 80an aku kecik lagi, tak ingat pape sangat).
  4. Sampai kat Macau boleh tumpang free shuttle Bus yang dia akan hantar ke Casino2. Pilih je memana  casino nak. Diorang takkan tanya ape2. walaupun aku pakai tudung so aku ade rase sedikit akward tapi aku wat tak tau je. Siap dapat wet tissue free lagi dan flyers2 casino. Dan awek2 casino pakai skirt pendek akan terangkan mengenai tarikan di Macau. Boleh la buat2 angguk kepala.
  5. Kat Macau ko boleh pakai currency Macau Pataca ataupun Hong Kong Dollar.Takyah susah hati nak tukar banyak-banyak currency. Kat Macau aku beli air soya je.
  6. Casino kat Macau memang lah teramat bersepah-sepah. Banyak casino yang nampak sangat mewah .Hiasan dalaman yang banyak beremas2. Tapi disebabkan aku tidak berjudi aku cuma lepak-lepak lobi je tengok orang kaya mengabiskan duit.
  7. Tak boleh nak citer banyak pasal Macau sebab aku tak explore banyak memandangkan aku pegi sane cuma beberapa jam sahaja. Kitorang Breakfast kat Hong Kong kemudian Lunch kat Macau pastu kembali Dinner kat Hong Kong.

Krabi

  1. Wilayah Krabi nie aku dah pegi 2 kali. First time aku g ngan bebudak ofis aku + member baik sekolah aku dulu.Second time aku g ngan member2 hiking yang berstamina tinggi.
  2. Pantai Ao Nang merupakan pantai yang sangat terkenal di Krabi. Pantai nie kire centre la untuk aktiviti-aktiviti di Krabi. Boleh dapatkan pelbagai pakej pakej aktiviti disini
  3. Di krabi ni pelancong memang sangat2 ramai.
  4. Tarikan kat Krabi ni ialah pulau pulaunya. Pakej yang paling common aku rase pakej 4 Island dan pakej Phi Phi Island kot. Untuk 4 Island kalau jenis kurang mampu boleh pakai pakej tailboat yang murah berbanding speedboat. kalau jenis mabuk laut better ambik pakej speedboat.
  5. Makan tengah hari selalunya termasuk dalam pakej.
  6. Untuk pengembara Muslim, krabi nie kalau bab makan memang agak senang sebab nak dapat makanan halal memang takde masalah memandangkan terdapat ramai orang Islam di Krabi.
  7. Kat Krabi nie Pancake dia sangat terkenal. Tapi sebagai seorang yang cerewet cam aku nie aku rase dia macam roti canai rangup je. Takde la aku suke sangat pun.
  8. Kat Krabi town ade pasar malam yang happening buka dari Jumaat sampai Ahad. Kat situ memang ade jual memacam barang. Barang dia pun rasenye lebih murah dibandingkan di Pantai Ao Nang.

 

Hatyai

  1. Hatyai aku pegi dengan kakak ofis aku naik Bas.
  2. Ad Hoc Planning, akak tu tetiba cakap “Nadiah, jom pegi Hatyai. RM200 je dengan bebudak ex colleague akak”. Aku dengar dua ratus je aku terus bersetuju.Kalau dia tak sebut perkataan “je” tu mungkin aku tak pegi la kot
  3. Nak g Hatyai bas berhenti kat Bukit Kayu Hitam untuk pemeriksaan sebelum masuk Thailand. Nanti kat Danok Thailand ade satu lagi immegresen.
  4. Ade orang soh aku masukkan singgit dalam passport kat immegresen Danok untuk mempercepatkan proses kalau tak diorang saja buat lambat2.Tapi sebab aku taknak menggalakkan rasuah aku aku tetap taknak letak. Pastu memang bila giliran aku dia belek passpot aku punye lame. Pastu bebel cakap something, aku wat2 tak paham je.Actually aku memang tak paham pon.
  5. Kat area danok banyak orang jual buah buahan yang nampak menarik tapi yang paling aku tertarik ialah ayam goreng. Geram je tengok ayam ayam berpeha gebu tersebut.
  6. Kat hatyai macam ala2 pdang besar gak la, banyak jual barang barang kudapan kudapan dan barang2 branded tak ori.
  7. Aku g floating market dan makan memacam makanan kat situ memang best. Aku memang kalau g memane aktiviti yang disukai ialah makan. Aku minum teh tarik dalam cawan bentuk doraemon yang diperbuat dari tanah liat. Makan makanan ala ala otak otak dan lelain.
  8. Teh tarik kat Hatyai adalah antara yang terbest bagi aku. Die ade rase lemak2 sikit.
  9. Teh tarik letak dalam cawan clay yang berbentuk2 ade doraemon dan memacam, cuma 35baht sahaja. Memang berbaloi2. (Berapa kali nak cite pasal teh tarik da….)
  10. Malam tu makan kat pasar malam lak. Makan udang galah goreng plak. Beli 3 tp 1 busuk la plak.
  11. Hotel kat Hatyai boleh panggil tukang urut datang ke bilik. Ade tu 200baht sahaja untuk 1 jam. Kalau kat Malaysia memang tak dapat la. Ni siap datang ke bilik lagi.Tapi pastu dia mintak tips lagi 20baht le plak. Still murah.

 

UK (London/Southampton)

Italy (Milan/ Venice)

  1. Milan aku lepak sehari tak tahu nak buat apa haha..

Switzerland (Geneva/Zermatt/ Monteux/ Interlaken/ Lauterbrunnen)

  1. Switzerland walaupun termasuk dalam Kesatuan Eropah tapi dia tak pakai currency Euro. Dia pakai CHF. Tapi kadang kadang duit kecik dia boleh je terima Euro.
  2. Switzerland secara amnya agak mahal. Sebagai contoh di Itali anda boleh makan burger mcD pada harga 3 Euro (ala carte set mungkin dalam 4 Euro) tapi di Switzerland aku makan Burger King sampai 12CHF.Menangis. Fridge magnet yang cikai2 pun dalam 6CHF. Darab la tiga sedangkan keychain cikai di paris boleh dapat 1 Euro.
  3. Switzerland Bersih dan wangi.

France(Paris)

  1. Aku tak explore Paris sangat sebab aku singgah kejap sangat kat Paris nie.Sehari je. So tak boleh nak cerita banyak sangat.
  2. Aku gerak dari Venice ke Paris guna Sleeper train tiga tingkat yang agak sempit. Pasti omputih tido atas katil aku takleh luruskan kaki. Ada hikmah aku tak tinggi sangat.

Singapore

Indonesia ( Jakarta/ Bandung/ Surabaya)

  1. Macet selalu.
  2. Aku suka Semeru/ BROMO

Australia (Perth/Albany)

  1. Perth secara amnya merupakan suatu tempat yang agak tenang.
  2. Aku suke Perth sebab orang yang bawak kereta di Perth kebanyakkannya sangat berhemah.
  3. Kereta sewa kat Australia gune mile per/hour so sebab aku dah biase bawak dalam km/hour so aku tak perasan laju lak aku bawak. Nasib baik tak kene saman.
  4. Kat Perth ada zoo name caversham. Kat situ ko boleh la pegang Kanggaru ke , koala ke Wombat ke.

South Korea (Busan/Seoul)

  1. Busan time aku pegi masih tak berapa terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Time tu Air Asia masih takde penerbangan terus ke Busan. So banyak mata mata memandang pelik sebab tengok ko pakai tudung bagai disana.
  2. Tempat paling aku suke kat busan adalah Tae Jong De. Sebab cantik sangat.
  3. Aku memang ske keretapi sebab aku suke kekonon layan perasaan setiap kali naik keretapi. Kat korea aku ade try beberapa jenis keretapi. First KTX-Keretapi laju yang aku naik dari Seoul ke Busan.Mahal kot dalam rm150 tak silap aku. Pastu naik mungunghwa dari busan pergi dan Saemul dari Busan ke Seoul semula.